Home / Teledramas / BCL syukur deria rasa dan bau kembali pulih selepas 10 hari kuarantin – “Berat badan semakin naik kerana dah ada nafsu makan!”

BCL syukur deria rasa dan bau kembali pulih selepas 10 hari kuarantin – “Berat badan semakin naik kerana dah ada nafsu makan!”

SELEPAS 10 hari menjalani kuarantin kendiri, penyanyi Bunga Citra Lestari berkongsi keadaan kesihatannya yang kini sudah semakin pulih.

Bunga Citra Lestari atau lebih mudah digelar sebagai BCL meluahkan rasa syukur apabila deria rasa dan bau kini sudah kembali pulih dan tidak lagi mengalami demam.

ARTIKEL BERKAITAN: Bunga Citra Lestari terkena jangkitan Covid-19 daripada penari, bukan sebab bercuti di Bali! Ini kronologinya

Bagaimanapun BCL memberitahu dia masih berdepan dengan masalah batuk manakala empat orang rakannya yang turut menjalani kuarantin bersama sudah pulih sepenuhnya.

BCL kongsi keadaan dirinya di laman Instagram.

“Alhamdulillah, keadaan fizikal saya semakin baik dan badan mula bertenaga. Deria rasa dan bau juga mula kembali pulih dan demam juga sudah tiada lagi.

“Antara kami, hanya saya seorang saja yang masih batuk… yang lain sudah tidak batu. Tapi berat badan nampaknya semakin naik kerana sudah ada nafsu makan,” tulisnya di Instagram pada Rabu.

Penyanyi lagu Cinta Sejati itu berkongsi mengenai keadaan kesihatannya menerusi laman Instagram miliknya dengan memuat naik foto bersama empat orang lagi rakannya.

Sebelum ini, isteri kepada pelakon Allahyarham Ashraf Sinclair itu memaklumkan dirinya sedang menjalani kuarantin kendiri selepas disahkan positif Covid-19 pada 13 Jun lalu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

BCL turut menegaskan dia bukan dijangkiti Covid-19 selepas pulang dari percutian di Bali seperti yang didakwa segelintir pihak.

Menurut BCL, dia sudah meneruskan aktiviti hariannya selepas pulang dari pusat percutian itu pada 2 Jun lalu memandangkan keputusan ujian calitan pertamanya negatif.

Bagaimanapun nasib BCL tidak baik apabila dia disahkan positif Covid-19 selepas menjadi kontak rapat beberapa penarinya yang bertemu dengannya pada 10 Jun lalu.

Dalam pada itu, BCL juga berkata dia dan rakan-rakannya sudah melakukan ujian calitan PCR pada pagi Rabu dan berharap semuanya akan kembali baik seperti biasa.

“Pagi tadi kami ada melakukan PCR dan berharap semuanya akan baik sahaja,” katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *