Home / DRAMA / Drama Bujang Haji

Drama Bujang Haji

Bujang Haji
Saksikan drama ‘Bujang Haji’ bermula 8 Jun setiap Isnin dan selasa jam 6 petang hanya di slot Qalbu, TV Alhijrah.
JUDUL : BUJANG HAJI
EPISOD : 13
TARIKH TAYANGAN : 8 Jun 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-selasa, 6:00 petang
SIARAN TV : TV Alhijrah
PENGARAH : Isqandar Jebat
PRODUKSI : Hujan Lebat Sdn Bhd
PELAKON : Chiwan Chilok, Din Latah, Jalil Hamid, Aliff Yasraf, Kartina Aziz, Fathil Dani, Rosnah Mat Aris, Hamdan Senario, Norlia Ghani, Sharifah Nur Anthasha, Mazlan Abdullah, Ramah Harun, Nasha Aziz
WATAK PELAKON
Chiwan Chilok sebagai Adi
Din Latah sebagai Ucop
Aliff Yasraff sebagai Yus
Mimi Ernida sebagai Reen
Hani Nazrina sebagai Nonie
Azzahra Ahmad sebagai Nazira
Jalil Hamid sebagai Pak Jalil
Kartina Aziz sebagai Mak Wan
Fathil Dani sebagai Bang Razak
Rosnah Mat Aris sebagai Kak Ros
Hamdan Senario sebagai Che Kaz
Norlia Ghani sebagai Che Nor
Nasha Aziz sebagai Puspawangi
SINOPSIS BUJANG HAJI
Mengisahkan tentang tiga sahabat bujang iaitu Yus, Adi dan Ucup yang bekerja sebagai penjual ikan segar di pasar harian. Rutin harian mereka adalah rutin harian biasa yang dilalui oleh anak muda setempat yang lain. Semuanya berubah apabila Haji Isa datang ke gerai mereka untuk membeli ikan. Haji Isa mahu mengadakan kenduri doa selamat, menjamu laksa kepada orang kampung sebagai tanda syukur dia terpilih untuk melaksanakan ibadah haji dalam masa terdekat.
Bermula detik itu, Yus, Adi dan Ucup seperti terpanggil dan mendapat semangat baru untuk turut ke kota suci Mekah melaksanakan rukun islam kelima itu. Mereka semakin sibuk mempersiapkan diri dengan ilmu dan bekalan kewangan yang cukup agar urusan haji mereka berjalan lancar.
Ketiga-tiga mereka bekerja keras untuk mencapai misi suci ini. Pelbagai peristiwa berlaku apabila masing-masing saling berlumba-lumba menunjukkan kesungguhan dan juga semangat mereka untuk menunaikan haji. Antara yang memeningkan adalah konflik percintaan.
Yus, Adi dan Ucop tersepit di antara niat suci mereka ke Mekah dan kehendak kekasih masing-masing.  Kekasih Yus, Adi dan Ucop sibuk mengajak mereka untuk mencari kelengkapan persiapan Aidiladha sedangkan mereka sudah kesuntukan masa untuk melaksanakan persiapan akhir ke Mekah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *