Home / DRAMA / Drama Hatimu Sedingin Salju (TV3)

Drama Hatimu Sedingin Salju (TV3)

Nantikan drama ‘Hatimu Sedingin Salju’ bakal ditayangkan di slot Akasia TV3. Dibintangi oleh Hisyam Hamid, Apreena Manrose, Hafeez Mikail dan Bella Dowanna. Drama bersiri 28 episod arahan Bahri Uma. Disiarkan bermuula 24 Jun 2021, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di TV3. Drama ini juga ditayangkan sejam kemudian di platform penstriman iQiyi melalui atau muat turun aplikasi iQiyi di App Store dan Play Store
JUDUL : HATIMU SEDINGIN SALJU
EPISOD : 28
TARIKH TAYANGAN : 24 Jun 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Shida Zali, Mia Marziah Manaf, Ema Shamsuri, Azril Hamzah
PENGARAH : Bahri Uma
PRODUKSI : Orangetree Production
PELAKON : Hisyam Hamid, Apreena Manrose, Hafeez Mikail, Bella Dowanna, Mustafa Kamal, Maria Farida, Rahim Jailani, Zila Bakarin, Khaty Azian, Scha Eliana, Zaefrul Nordin, Aleza Shadan, Fadlan Hazim, Idzham Ismail, Mathni Razak, Ziema Din, Liza Semron, Omar Rizal, Saifullah Mohd Yunus, Natasha Elyzza, Alif Hilman, Ezzaman Othman
WATAK PELAKON 
Hisyam Hamid sebagai Arman
Apreena Manrose sebagai Rania
Hafeez Mikail sebagai Nabil
Bella Dowanna sebagai Syena
Fadlan Hazim sebagai Haikal
Mustafa Kamal sebagai Datuk Jamal
Maria Farida sebagai Datin Mimi
Rahim Jailani sebagai Mahfuz
Zila Bakarin sebagai Noraini
Khaty Azian sebagai Normala
Scha Eliana sebagai Melissa
Zaefrul Nordin sebagai Datuk Hisyam
Aleza Shadan sebagai Datin Afifa
Idzham Ismail sebagai Huzair
Mathni Razak sebagai Rizki
Ziema Din sebagai Sarah
Liza Semron sebagai Mira
LAGU TEMA (OST)
Sarah Suhairi – Andaikan
Komposer : Sharon Paul
Lirik : shah Shamshiri
SINOPSIS HATIMU SEDINGIN SALJU
Mengisahkan tentang Arman (Hisham Hamid) sanggup korbankan cintanya terhadap Rania lakonan Aprena Menrose selepas mengetahui rakan baiknya, Haikal (Fadlan Hazim) menaruh harapan kepada wanita itu. Sejak daripada itu, Arman hanya mampu memendamkan perasaannya sehingga pada satu tahap dia sudah berputus asa untuk bercinta lebih-lebih lagi apabila mengetahui Rania dan Haikal sudah bertunang.
Arman kemudian mula menyibukkan dirinya dengan mengurus syarikat yang diwarisi daripada bapanya, Datuk Jamal. Hal ini membuatkan Datuk Jamal (Mustafa Kamal) dan isterinya, Datin Mimi (Maria Farida) bimbang dengan kehidupan peribadi anak lelaki mereka itu yang sudah mencecah usia 33 tahun tapi masih belum fikirkan soal cinta kerana sibuk bekerja.
Pada suatu hari, Datin Mimi, Datuk Jamal dan adik Arman iaitu Nabil (Hafeez Mikail) mulakan ‘plan’ untuk mempertemukan Arman dengan bakal isterinya. Untuk menyempurnakan rancangan tersebut, Nabil telah memujuk Arman menemaninya bercuti ke sebuah resort di Langkawi. Di sana, Arman tidak sangka dia akan bertemu semula dengan Rania iaitu wanita yang pernah dicintainya pada suatu ketika dahulu.
Arman dan Rania mula rapat dan siapa sangka, dalam diam sebenarnya Nabil telah menaruh hati kepada Rania. Sejak itu, hubungan Arman dan Nabil mula dingin. Malah pelbagai dugaan dan rintangan yang datang dalam kehidupan Arman, Nabil dan Rania.
Adakah Arman akan korbankan cintanya sekali lagi ataupun Nabil yang akan beralah? Siapakah yang berjaya memiliki hati Rania? Mampukah mereka hidup dalam satu keluarga yang aman dan harmoni?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *