Home / DRAMA / Seram Tak Seram (TV9)

Seram Tak Seram (TV9)

Drama ‘Seram Tak Seram’ memaparkan pelbagai kisah misteri di sebalik barangan antik iaitu kereta, lampu suluh, telefon, pedang, topeng, radio, cincin emas batu delima, anak patung, basikal tua, seruling, kunci, mangkuk tingkat dan seterika antik. Saksikan ‘Seram Tak Seram’ pada setiap hari Khamis, pukul 9.30 malam di TV9.
JUDUL : SERAM TAK SERAM
EPISOD : 13
TARIKH TAYANGAN : 24 Jun 2021
WAKTU SIARAN : Khamis, 9:30 malam
SIARAN TV : TV9
PENULIS SKRIP : Jeladin Jamal
PENGARAH : Thorpe Ali
PRODUKSI : Nafalia Corporation Sdn. Bhd
PELAKON : Jiggy Masin, Adam Corrie, Joey Daud, Didie Alias, Liza Abdullah, Afifah Nasir, Mia Nasir, Acong Sweetchild, Nasz Sally, Qazem Nor, Zarul Umbrella, Den Wahab, Dayang El, Yus Barat, Karena Sanjna
WATAK PELAKON
Jiggy Masin sebagai Sheikh Tahlul / Zainol
Adam Corrie sebagai Ah Meng
Joey Daud sebagai Kamil
SINOPSIS SERAM TAK SERAM
Mengisahkan tentang kisah di sebalik koleksi barang-barang antik yang dijual oleh seorang pemilik kedai bernama Sheikh Tahlul.
Episod 1 – Mengisahkan Ah Meng yang bekerja sebagai seorang pembeli dan penjual kereta antik. Dia ingin membeli sebuah kereta antik daripada Kamil tetapi Kamil berat hati untuk menjualnya. Pelbagai cara Ah Meng lakukan untuk mendapatkan kereta tersebut kerana ada sesuatu yang misteri tentang kereta tersebut.
Episod 2 – Memaparkan kisah misteri sebuah lampu suluh. Dr. Sofia tidak percaya kepada perkara misteri atau benda yang dia tidak nampak. Pada suatu hari, seorang peguam bernama Narodi menghubunginya untuk memberitahu yang dia telah mewarisi harta pusaka daripada keturunan yang tidak dikenalinya. Salah satu harta pusaka tersebut merupakan sebuah lampu suluh yang dikatakan boleh mengubah paras rupa seseorang jika tersuluh ke wajah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *